utusan malaysia:11 mac 2010

Posted by FEM3301 ETIKA DAN NILAI DALAM PEMBANGUNAN On 5:12 AM 0 comments

Perangkap maut motosikal

BERIKUTAN ketiadaan lorong khas untuk motosikal, di samping keadaan lebuh raya yang terhad kepada dua lorong sahaja, motosikal sering dianggap sebagai satu gangguan dan punca kemalangan kepada pemandu kenderaan yang menggunakan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR 10 Mac - Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) yang dibuka pada tahun 2001 bertujuan untuk mengatasi masalah kesesakan yang sering berlaku dari Ampang ke pusat bandar raya.
Lebuh raya itu bermula dari arah timur kawasan Wisma Denmark di Jalan Sultan Ismail ke tebing Sungai Klang dan Sungai Ampang dan berakhir di Jalan Ampang berdekatan Taman Ampang Utama.
Panjang keseluruhan AKLEH ialah 7.9 kilometer.
Motosikal pada mulanya tidak dibenarkan menggunakan lebuh raya tersebut atas sebab-sebab keselamatan berikutan tiada lorong motosikal disediakan.
Walaupun terdapat lorong kecemasan di lebuh raya itu tetapi ia masih tidak sesuai untuk dijadikan laluan motosikal, selain akan menghapuskan tujuan lorong kecemasan itu diwujudkan.
Namun, larangan tersebut dimansuhkan pada 19 Jun 2008 bagi meringankan beban pengguna motosikal berikutan kenaikan minyak yang melambung tinggi pada ketika itu.
Walaupun pengumuman itu disambut baik oleh penunggang motosikal tetapi ia dilihat boleh membawa implikasi negatif kepada golongan itu terutama dari segi kejadian kemalangan.
Setelah lebih setahun motosikal dibenarkan menggunakan lebuh raya itu, aduan mengenai kekerapan berlaku kemalangan melibatkan motosikal diterima oleh Utusan Malaysia.
Berikutan itu, satu tinjauan dilakukan dan mendapati, rata-rata penunggang motosikal menunggang secara 'sesuka hati' mereka di lebuh raya itu sedangkan mereka sepatutnya sentiasa berada di sebelah kiri.
Jalan dua lorong yang pada mulanya dikhaskan untuk kenderaan empat roda kini terpaksa dikongsi oleh pemandu kereta dan penunggang motosikal yang hendak cepat ke destinasi.
Masalah akan timbul apabila sikap pemandu motosikal atau kereta sendiri tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri apabila memandu.
Seorang pemandu, Saleh Muhd., 28, tidak menafikan motosikal boleh dianggap sebagai gangguan kepada pemandu kenderaan lain di lebuh raya itu.
Namun, tegasnya, pemandu kereta juga perlu mengubah sikap apabila menggunakan AKLEH dan tidak menganggap lebuh raya itu seperti milik mereka.
"Kita tidak nafikan lorong di AKLEH terhad dan sebenarnya tiada langsung laluan untuk penunggang motosikal, namun pembukaan lebuh raya ini kepada mereka (penunggang motosikal) tidak pernah dipertikaikan sesiapa.
"Kita harus memahami penunggang motosikal juga perlukan jalan yang pantas dan singkat untuk ke destinasi tetapi jika kerap berlaku kemalangan, pihak berkuasa perlu lakukan sesuatu,'' katanya.
Jelasnya lagi, kemalangan atau pergeseran antara kereta dan motosikal yang kerap berlaku terutama pada waktu puncak disifatkan agak serius.
"Cermin sisi kereta saya sendiri sudah beberapa kali dilanggar penunggang motosikal dan pecah namun apa lagi yang boleh dibuat kerana jalan dua lorong sudah menjadi semakin sempit terutama pada waktu petang,'' jelasnya.
Seorang lagi pemandu, Kamil Abdullah, 36, berkata, masalah itu sebenarnya sudah timbul sejak pembukaan AKLEH kepada penunggang motosikal hampir dua tahun lalu.
Tegasnya, banyak kemalangan yang berlaku di lebuh raya itu dikatakan berpunca daripada penunggang motosikal yang tidak mematuhi peraturan
"Banyak kemalangan yang berpunca daripada tindakan penunggang motosikal yang tidak berada di lorong paling kiri serta suka menyelit di tengah-tengah dan kanan jalan.
"Akibatnya, sering berlaku kejadian mereka bergesel dengan kenderaan lain dan lebih malang penunggang motosikal itu terjatuh,'' katanya.
Lebih teruk lagi, katanya, ada penunggang motosikal yang mengalami kemalangan serius akibat berlumba di AKLEH pada waktu malam.
Katanya lagi, beberapa penunggang motosikal dalam kelompok yang ramai pernah menunjukkan aksi yang berbahaya di lebuh raya itu selain tidak menghiraukan pemandu kereta lain.
"Ada juga yang memarahi pemandu kereta apabila terlibat dalam kemalangan di sini. Ada juga penunggang motosikal yang menemui ajal akibat kemalangan,'' katanya.
Seorang lagi pemandu, Abdul Karim Matsah, 41, berpendapat, mungkin kerajaan perlu menimbangkan semula keputusan tidak membenarkan motosikal menggunakan AKLEH.
Katanya, memandangkan harga minyak yang diturunkan dan stabil, sudah tiba masanya larangan motosikal menggunakan AKLEH seperti di awal pembukaannya dikuatkuasakan semula.
"Bukan mementingkan diri sendiri tetapi demi keselamatan dan keselesaan semua pihak terutama penunggang motosikal itu sendiri," katanya.
Dalam pada itu, penunggang motosikal, Mohd. Afizh Daud, 29, menjelaskan, kesalahan tidak harus diletakkan sepenuhnya kepada golongan bermotosikal.
Katanya, laluan itu harus dikongsi bersama walaupun mengakui ada penunggang motosikal yang berdegil dan mengikut lorong paling kanan apabila menunggang.
"Memang tidak ada laluan motosikal pun di sini tetapi kasihanilah kami yang berkenderaan kecil ini,'' ujarnya.
Tambahnya, pihak Projek Lintasan Kota Sdn. Bhd. (Prolintas) yang mengendalikan AKLEH perlu berbuat sesuatu untuk mengelakkan kemalangan yang membabitkan motosikal.
"Mungkin boleh dibuat garisan khas untuk motosikal atau apa sahaja yang boleh mengurangkan kadar kemalangan,'' katanya.

Program JKJR

Posted by FEM3301 ETIKA DAN NILAI DALAM PEMBANGUNAN On 4:53 AM 0 comments

PROGRAM IKHTIAR HIDUP PENUNGGANG MOTOSIKAL - RIDER SURVIVAL PROGRAM

Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Malaysia, Kelab Marshal Keselamatan Jalan Raya (RSMC) dan PERKESO kini terus giat melaksanakan program keselamatan bagi golongan penunggang motosikal baru. Langkah ini amat penting ke arah meningkatkan dan menyedarkan orang ramai berhubung maklumat penting berkaitan isu-isu keselamatan jalan raya.

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada golongan penunggang motosikal tentang peranan yang perlu dimainkan oleh mereka semasa menunggang di jalan raya yang sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya apabila penunggang masih boleh mengawal motosikal yang ditunggang ketika itu. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mengurangkan risiko kecederaan parah dan kemalangan maut bagi meningkatkan kualiti keselamatan di jalan raya.

Sasaran JKJR ialah supaya program ini disokong oleh sektor korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan Kelab Penunggang Motosikal (Rider Clubs) di seluruh negara. Di samping itu, Persatuan Institut Memandu (PRIMA) akan juga menyokong program ini di mana 120 ahli akan menyertai program Rider Survival ini yang mensasarkan pemilik baru lesen “L”.

Sepanjang program ini, terdapat beberapa aktiviti yang dilakukan seperti S Track, Bumpy Track, Curve Bump Track, Breaking Skill Track dan sebagainya yang bertujuan untk mengasah kemahiran dan kecekapan penunggang di jalan raya. DI samping itu, aktiviti-aktiviti lain seperti cara pemakaian topi keledar dengan betul, kemudahan pertanyaan saman yang tertunggak, bantuan kecemasan CPR, Kad Promosi Data Kecemasan dan sebagainya juga turut diadakan.

Program ini akan diperluaskan di di peringkat semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Oleh yang demikian, sokongan padu daripada Kelab Penunggang Motosikal, RSMC, badan bukan kerajaan dan sektor korporat dari setiap negeri amat diperlukan bagi merealisasikan matlamat program ini.

Turut menyertai dan menjayakan program pada hari ini adalah daripada pihak JPJ, PRIMA, PDRM, MIROS, SOCSO, dan RSMC.

20 Disember 2009

Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Malaysia

Kenyataan Akhbar..

Posted by FEM3301 ETIKA DAN NILAI DALAM PEMBANGUNAN On 4:52 AM 0 comments

Inisiatif Pemakaian Topi Keledar.Sri Andalas, Klang Selangor.
23 OGOS 2008


Pada hari ini telah berlangsung penyerahan topi keledar bagi program inisiatif pemakaian topi keledar kawasan Sri Andalas, Klang Selangor. Program ini telah mendapat kerjasama dan sokongan padu syarikat UMW Toyota Motor yang telah bermurah hati menaja sebanyak 8,000 buah topi keledar di bawah Program Inisiatif Topi Keledar Kebangsaan, “Taja Topi Keledar, Selamatkan Nyawa”, untuk diagihkan secara percuma kepada penunggang dan pembonceng motosikal.

Sumbangan dan komitmen pihak UMW Toyota Motor untuk bersama-sama dengan pihak kerajaan bagi menangani isu-isu keselamatan jalan raya amat dihargai dan disanjungi tinggi oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Kementerian Pengangkutan. Usaha sebegini seharusnya menjadi contoh dan tauladan kepada syarikat swasta yang lain dalam usaha melaksanakan tanggungjawab korporat sosial mereka kepada masyarakat.

Program ini juga bertujuan untuk memupuk budaya pemakaian dan kegunaan topi keledar dengan betul bagi mencapai sasaran kegunaannya pada kadar 100% khasnya di kawasan Sri Andalas, Klang.

Program Inisiatif Topi Keledar Kebangsaan ini memerlukan sokongan dan kerjasama serta sumbangan daripada pihak individu, swasta dan NGO bagi menaja seberapa banyak topi keledar untuk diagihkan secara percuma.

Program ini merupakan satu langkah intervensi yang penting bagi usaha memulihkan keadaan sekarang di mana paras kegunaan topi keledar ialah 40% hingga 50% sahaja di kawasan Sri Andalas, Klang berbanding dengan kadar kegunaan 90% di kawasan bandar.

Kajian MIROS mendapati 68% daripada jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal adalah disebabkan oleh kecederaan di bahagian kepala.

Maka diharapkan program ini dapat memberikan impak besar dalam usaha meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman terhadap kepentingan penggunaan topi keledar yang disahkan oleh SIRIM dan dipakai dengan betul dapat memberikan perlindungan di bahagian kepala kepada golongan penunggang dan pembonceng motosikal.

Semoga Program Inisaitif Topi Keledar Kebangsaan ini mampu menyumbang ke arah pengurangan 50% kadar kematian akibat kemalangan jalan raya bagi mencapai sasaran di bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya, Malaysia 2006 – 2010.

Sumber : Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Malaysia.

Wear a helmet - Safety commercial

Posted by FEM3301 ETIKA DAN NILAI DALAM PEMBANGUNAN On 4:48 AM 0 comments

 


Road Safety - HELMET

Posted by FEM3301 ETIKA DAN NILAI DALAM PEMBANGUNAN On 4:47 AM 0 comments

Search